Jiran, Sulis Sampul menunjukkan lokasi di mana seorang mangsa kanak-kanak berumur 3 tahun ditemukan dalam keadaan rentung dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang melibatkan 3 unit rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

KUALA LANGAT – Cubaan jiran ibu mangsa, Sulis Sampul, 60, untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki tiga tahun, Muhammad Zahir Adha tidak kesampaian kerana api marak dan bunyi letupan di ruang tamu rumah.

Sulis yang menyaksikan insiden kebakaran tiga rumah yang terbesar di Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini sejak 15 tahun itu berkata, cubaan dia memecahkan dinding rumah mangsa melalui rumah tengah tidak kesampaian kerana berkunci.

Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

“Ketika saya tidur, tiba-tiba ada jiran depan kejutkan saya dan beritahu ada kebakaran. Saya bangun dan dengar ada bunyi orang menangis.

“Saya berlari ke lokasi dan jiran beritahu anaknya terperangkap dalam rumah dan minta tolong saya untuk keluarkan.

“Tak boleh nak selamatkan sebab api sudah marak, beberapa kali percubaan dibuat untuk masuk namun gagal, terkilan tak sempat selamatkan arwah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Jiran, Sulis Sampul menunjukkan lokasi di mana seorang mangsa kanak-kanak berumur 3 tahun ditemukan dalam keadaan rentung dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang melibatkan 3 unit rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.44 pagi menyatakan terdapat seorang kanak-kanak berumur tiga tahun terperangkap di dalam rumah.

Bagaimanapun, Zahir Adha ditemukan anggota bomba di bilik utama rumah ibu bapanya dalam keadaan rentung jam 4.15 pagi.

Jiran, Sulis Sampul bercakap ketika ditemui mengenai kejadian kebakaran awal pagi tadi yang melibatkan 3 unit rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Dalam pada itu, Sulis juga berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Zahir Adha pada tiga lalu ketika cucu asuhannya itu bermain dengan cucunya di rumah bersebelahan dengan lokasi kejadian.

“Kali terakhir saya jumpa arwah tiga hari lepas, ketika itu saya sedang main buaian bersama cucu dan nampak dia sambil panggil saya embah dari jauh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Terkilan, anak tidak ikut keluar sebelum rumah rentung – Liah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast