KULAI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melupuskan barang kes melibatkan tiga kategori iaitu kontraban, perjudian dan barang kes am dengan nilai keseluruhan RM800,000 selepas mendapat perintah mahkamah.
Majlis Pelupusan Barang Kes Peringkat IPD Kulai itu dilakukan di stor barang kes Trafik IPD Kulai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pelepasan itu melibatkan 183 kes yang sudah selesai didakwa dan menjalani proses mahkamah sejak 2023 hingga 2025.
“Tujuan perlaksanaan majlis perlupusan ini bagi mengelakkan lambakan barang kes yang telah selesai siasatan serta menjimatkan ruang penyimpanan barang kes di stor barang kes IPD Kulai.
“Semua barang kes yang dirampas termasuk komputer riba, telefon bimbit, minuman keras, serta wang kertas palsu telah dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette
Caption gambar: Seng Lee melakukan kerja-kerja melupuskan barang kes di stor barang kes trafik IPD Kulai, Kulai, semalam.
















