Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak membersihkan kawasan yang bukan hak kuil supaya polemik berhubung pembinaan rumah ibadat tidak mengikut peraturan diselesaikan dengan baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kedaulatan undang-undang negara ini perlu dihormati rakyat walaupun sedar keputusan itu bakal mengundang kontroversi.

Menurut beliau, isu rumah ibadat itu perlu diselesaikan secara baik dan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berhemah serta mengikut bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

“Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan yang (pembinaan rumah ibadat) tidak mengikut peraturan.

“Dan majlis bandaraya diberi keizinan untuk bertindak supaya bersihkan kawasan yang bukan hak kuil supaya selesai masalah ini dengan baik.

“Saya tahu mengundang kontroversi, sebab itu beritahu, kalau yang melampau sampai ada kempen nak merobohkan kuil, itu salah juga, ini negara hukum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 FEBRUARI 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ini yang sepatutnya, tak kira apa jenis binaan, rumah ibadat, gerai, ramp..apa apa ja yang mengganggu lalulintas, ketenteraman atau masuk hak milik orang lain.

Comments are closed.