Foto IG Shima Anuar.

KUALA LUMPUR – Pelakon Shima Anuar menuntut beberapa pihak untuk menjelaskan bayaran hutang yang didakwanya mencecah RM1.5 juta selepas lama berdiam diri.
.
Kata wanita berusia 35 tahun, jumlah wang yang dipinjam itu melibatkan beberapa kenalannya namun sehingga kini masih belum menerima bayaran balik.

“Hampir RM1 juta daripada kontraktor yang buat rumah kami separuh jalan dulu. Selebihnya daripada yang kononnya sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit.

“Selepas itu tak reti nak bayar balik duit orang,” katanya di hantaran di InstaStory miliknya di sini hari ini.

Suaminya iaitu Mohd. Solih Toha juga berkongsi masalah sama yang dihadapi sambil turut mendedahkan antara individu yang masih berhutang dengan mereka termasuk ahli perniagaan dan suami kepada rakan artis.

Shima atau Noor Hashimah Anura menambah, dia kini bersedia untuk mendedahkan nama individu terbabit sekiranya masih belum mendapat sebarang maklum balas.

“Rasanya sudah tiba masa siarkan senarai nama. Kami ada keluarga untuk diberi makan, yuran sekolah anak perlu bayar dan bil.

“Mereka bukan kawan. Kawan tidak akan buat kawan begini. Memalukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast