KUALA LUMPUR – Institut Integriti Malaysia (IIM) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Noridah Abdul Rahim sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIM yang baharu, berkuat kuasa semalam, 9 Februari 2026.
Beliau mengisi kekosongan jawatan tersebut susulan persaraan Datuk Ts Ahmad Ramzan Daud pada 24 Disember 2025.
Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
Memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada September 1998, beliau telah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan utama, termasuk sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Setiausaha di Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman serta Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Noridah memiliki Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia. – MalaysiaGazette
















