Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bercakap pada media berkaitan pertuduhan disyaki bersubahat menerima rasuah di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 08 DISEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Insiden penggantungan tujuh pemain daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dianggap sebagai memalukan negara.

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berkata sukan bola sepak tanah air sepatutnya menunjukkan perkembangan yang positif seperti sukan yang lain.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dapat memperbaiki kelemahan dalam sukan bola sepak tanah air.

“Kadang-kadang kita ada banyak sekolah sukan dalam negara tapi akhirnya kita tidak dapat memilih pemain yang benar-benar boleh bermain untuk negara, itu yang saya tekankan.

“Saya memberikan harapan yang besar kepada Menteri kita yang baharu untuk melihat kembali sukan bola sepak negara kita, supaya kita tidak dimalukan lagi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini mencelah sesi penggulungan Mohammed Taufiq.

Dalam pada itu, Mohammed Taufiq mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut isu ketujuh-tujuh pemain yang terpalit dengan isu kewarganegaraan kerana ianya dalam proses Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Saya tidak mahu membuat sebarang komen yang akan mengganggu proses perbicaraan tersebut.

“Sebab itu kita menunggu dan menghormati proses perundangan antarabangsa yang sedang berjalan,” tambahnya ringkas.

Terdahulu, ketujuh-tujuh pemain tersebut mengemukakan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) terhadap CAS bagi membolehkan mereka kembali beraksi sebagai pemain bola sepak profesional.

Walaubagaimanapun, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel masih perlu menunggu keputusan akhir tentang nasib masing-masing selepas didakwa menggunakan dokumen palsu untuk naturalisasi.

Kemudian, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menggantung kesemua pemain terbabit selama 12 bulan bermula September lalu.

Manakala FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) dan setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM10,000).

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025–2029 yang baharu akan dikendalikan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Jelasnya penilaian akan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita mengambil maklum bahawa peletakan jawatan Ahli Jawatankuasa Kesekutif FAM pada 28 Januari 2026,” katanya lagi.

Baru-baru ini, FAM mengumumkan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutifnya secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.

Jelas persatuan itu, peletakan jawatan berkenaan bertujuan untuk mencapai objektif berikut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast