Tangkap layar dari rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang tular di media sosial memaparkan kereta terbabit dipandu secara melulu sebelum merempuh mangsa dan empat kenderaan lain dari arah bertentangan mengakibatkannya melambung dan meninggal dunia di lokasi.

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru di sini hari ini.

Video kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat.

Berdasarkan rakaman itu, kereta terbabit dilihat bergerak melulu di jalan dua lorong itu bermula dari arah lorong kiri kemudian memasuki lorong kanan.

Keadaan Perodua Myvi yang terlibat nahas.

Pemandu kemudian dilihat kembali bergerak ke lorong kiri sehingga kenderaan di belakangnya yang merakam video berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan.

Ketika sudah menghampiri lampu isyarat, Perodua Myvi berkenaan tiba-tiba kembali memasuki lorong kanan yang dikhaskan untuk membelok ke kanan menuju Kampung Pengkalan Batu.

Pada masa ini, kelihatan sekurang-kurangnya tiga buah motosikal dirempuh kenderaan terbabit selain sebuah kereta di
laluan bertentangan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Penunggang motosikal maut cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada motosikalnya yang sedang berhenti namun jarak terlalu dekat menyebabkan mangsa melambung beberapa meter akibat dirempuh kenderaan terbabit.

Lebih menyedihkan, penunggang motosikal maut kelihatan cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada motosikalnya yang sedang berhenti namun jarak terlalu dekat menyebabkan mangsa melambung beberapa meter akibat dirempuh kenderaan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast