KUALA LUMPUR – Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail meninggal Dunia pada pukul 1. 32 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham dipercayai mengalami pelbagai implikasi penyakit sejak kebelakangan ini.

Beliau sebelum antara pihak yang lantang menyuarakan isu e-hailing di negara ini.

Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan dikebumikan di Bukit Kiara di sini pagi esok. – MalaysiaGazette

















