KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang saksi bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, Preety Kour a/p Manjit Singh dikehendaki hadir pada tarikh 19 dan 20 Februari, pukul 9 pagi.
Menurut beliau, saksi berumur 19 tahun dan beralamat terakhir di No. 7, Jalan Hamzah Alang 30, Taman Intan 7, Kapar, 42200, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Supritendan Sathiyaseelan Manar di talian 012-5197913, atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di nombor 03-3291 2222. – MalaysiaGazette
















