KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalam berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah kanan universiti berkenaan yang didakwa pengikut Freemason.
Katanya, siasatan berkenaan adalah bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.
“Orang ramai dinasihatkan agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” kata universiti itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. -MalaysiaGazette
















