Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jawatankuasa khas yang akan ditubukan itu akan turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Katanya, jawatankuasa itu akan melaksanakan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat.

Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut berdasarkan tatacara sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/02/13/biar-tubuh-dulu-jawatan-kuasa-khas-siasat-azam-baki-sebelum-ambil-tindakan-pm/

https://malaysiagazette.com/2026/02/13/jawatankuasa-khas-diketuai-ksn-siasat-dakwaan-berkait-azam-baki-fahmi/

Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Kabinet telah memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung pemilikan saham oleh Azam.

Pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dan sebaik selesai siasatan, hasilnya akan dibentangkan semula kepada Kabinet. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast