Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi menegaskan semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang boleh menghasut atau mengapikan sentimen perkauman. Menurutnya, sebarang cubaan mencetuskan ketegangan kaum tidak akan diterima dan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.















