Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa Bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong tidak dibubarkan.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dakwaan yang tular di media sosial kononnya empat bahagian itu dibubarkan susulan peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa bercanggah dengan perlembagaan parti.















