Jenazah lima sekeluarga yang ditemukan maut di Taman Cerating Damai, di Kuantan semalam dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Cerating selepas solat Zohor hari ini, sebaik proses bedah siasat selesai.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tiga daripada lima jenazah menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula jam 8.45 pagi tadi.















