KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan angin monsun memasuki rantau negara dan berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca lebih lembap yang membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak pada hari ini hingga 23 Februari 2026.
Serentak itu, agensi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 20 Februari 2026 melibatkan beberapa kawasan di Sabah.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) & Kudat.
Agensi ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 21 Februari 2026. – MalaysiaGazette
















