Zulkifli Hasan ketika menerima kunjungan hormat Siti Nurhaliza dan Khalid Mohamad Jiwa hari ini. - Foto: FB Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan hari ini menerima kunjungan hormat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Menurut Zulkifli, dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan mengenai inisiatif gerak kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan Yayasan Nurjiwa dan agensi Hal Ehwal Agama.

“Saya maklumkan bahawa kehadiran tepat di hari pertama Ramadhan membawa barakah dan keceriaan kepada pejabat kami.

“Seronok mendengar cerita dan sumbangan Yayasan Nurjiwa di Gaza, Acheh dan di negara kita yang digerakkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Haji Khalid. Banyak pahala mengalir dengan kebaikan yang disebarkan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Sementara itu, Zulkifli berkata, secara prinsip kedua-dua piha bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif berimpak tinggi bersama agensi Hal Ehwal Agama.

“Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan Dato’ Sri Haji Khalid Mohamad Jiwa.
“Saya hadiahkan buku saya sebagai cenderamata. Terus kerja,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast