Indiran.

GEORGE TOWN – Jasad seorang anggota tentera yang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dibawa pulang ke negeri ini untuk pengebumian.

Mendiang Truper K. Indiran, 22, yang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10  sebelum ini dilaporkan meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ibunya, S. Usha, 52, berkata, proses bedah siasat telah selesai dan mereka kini dalam perjalanan pulang dari HTAA.

“Kami kini dalam perjalanan dan dijangka tiba di kediaman di Taman Sri Nibong di sini malam ini.

Khemah sudah di pasang di luar pekarangan kediaman keluarga mendiang Indiran dan jasad anggota tentera itu dijangka tiba malam ini.

“Jasad anak saya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang, bersebelahan pusara mendiang bapanya, esok,” katanya ketika dihubungi.

Mendiang merupakan anak kepada bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar C Kayamboo, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft B200T di Pangkalan Udara Butterworth pada 2016.

Terdahulu, kematian anggota berkenaan tular di media sosial yang mendakwa ia dikaitkan dengan kes buli.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan kerosakkan organ dalaman dialami anggota berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast