Kredit: IPD Ipoh

IPOH – Polis meminta orang ramai mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Jan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata remaja berkenaan, Kawsara Bibi Mohamad Noor berbadan kurus dan beralamat di Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril dekat sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Bukit Merah di talian 05-3210925,” katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast