Anggota bomba dan membawa turun Yeong Keong selepas pengsan dan tidak sedarkan diri pada jarak perjalanan kira-kira 1.5 kilometer dari kaki Gunung Lambak di Kluang, pagi tadi.

KLUANG – Seorang lelaki maut ketika mendaki Gunung Lambak di sini  tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pukul 12 tengah hari selepas Loh Yeong Keong, 54, memulakan pendakian pukul 11 pagi bersama-sama kakak iparnya berusia 53 tahun.

“Mangsa yang berasal dari Taman Nasebi pada mulanya pengsan dan tidak sedarkan diri dalam kejadian tengah hari tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.

“Mayat kemudian dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dan proses bedah siasat akan dilakukan pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima maklumat kejadian itu pukul 12.28 tengah hari daripada kakak ipar mangsa sebelum 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saifulfadly Karim berjaya menemui mangsa pada jarak perjalanan kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung.

Ujarnya, PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di kepala sebelum membawanya turun ke kaki gunung menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya selepas disahkan meninggal oleh Pegawai Perubatan,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast