Seorang pengetua sekolah agama di negeri ini direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat dua tahun lalu sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran berkaitan pembekalan makanan bermasak.

MELAKA – Seorang pengetua sekolah agama di negeri ini direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat dua tahun lalu.

Perbuatan lelaki berusia 40-an itu dipercayai sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran berkaitan pembekalan makanan bermasak

Perintah reman sehingga 1 Mac ini dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek berusia 40-an ditahan sekitar jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 dan menerima wang rasuah secara tunai.

“Suspek dipercayai mengarahkan syarikat pembekalan itu untuk membekal makanan bermasak kepada pelajar-pelajar institusi tersebut tetapi pembekalan dibuat tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast