Logo Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabatnya di Beaufort, Sabah, mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan peningkatan paras air banjir di kawasan tersebut.

Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli dan anggota KWSP.

Menurut KWSP, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk memantau keadaan dan sebarang status terkini akan dimaklumkan secepat mungkin.

Ahli yang mempunyai temu janji sedia ada dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka, sementara transaksi yang penting boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast