Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 7.7 Lebuh Raya LinKedua arah utara, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kemalangan  berlaku pukul 4.45 pagi dan melibatkan motosikal mangsa sahaja.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri telah terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan sebelah kiri di lorong kecemasan.

“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk bedah siasat.

Siasatan masih dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi kaunter aduan Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah  Iskandar Puteri 07-5101322.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast