KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan perkara itu semalam dan siasatan sedang dijalankan oleh unit siastaan jenayah terkela, bahagian pendakwaan/ undang-undang (D5), Jabatan Siastaan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa -apa cara, secara langsung atau tidak langsun, melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi parlime, apabila disabitka hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 20 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan masyarakat dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. – MalaysiaGazette
















