Logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan dijangka siap pada awal bulan Mac 2026.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan pemasangan CCTV yang disyorkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang berdepan dengan kejadian pecah kenderaan baru-baru ini.

“DBKL memandang serius insiden tersebut dan kebimbangan yang disuarakan orang awam. Keselamatan warga kota serta pengunjung taman sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan persekitaran awam yang selamat dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian baru-baru ini, Teresa kehilangan wang tunai RM2,000 dan barangan peribadi lain selepas cermin keretanya dipecah di Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Semasa kejadian, dia berjoging di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada jam 6.15 petang.

“Apabila saya kembali ke kereta pada jam 7 malam, saya mendapati cermin tingkap di bahagian penumpang hadapan dipecahkan. Beg tangan saya yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk juga hilang.

“Saya hilang kira-kira RM2,000 wang tunai dan wang ang pau, selain kehilangan kad pengenalan serta pelbagai kad kredit dan dokumen penting yang lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast