Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL–JED) telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai, semalam.

Menerusi kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, tindakan itu dibuat susulan nasihat yang diterima semasa penerbangan berhubung peningkatan risiko ruang udara dan dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang ditetapkan, menurut kenyataan syarikat itu hari ini.

Kedua-dua penerbangan tersebut kini telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Penumpang yang terjejas telah dibantu dengan pengaturan penerbangan alternatif serta penginapan hotel, sekiranya diperlukan,” katanya.

Malaysia Airlines  berkata, situasi berkenaan terus dipantau dengan rapi dan segala langkah perlu akan diambil bagi memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.

Tambahnya, keselamatan penumpang dan kru kekal sebagai keutamaan tertinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast