Rumah tingkat 10, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah terbakar.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah pada petang tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Azizi Abdullah, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan sekitar 2.59 petang.

Kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat 10 bangunan berkenaan.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa dipercayai berada di lokasi.

Bagaimanapun, masih belum dapat disahkan sama ada ibu mangsa selamat atau tidak.

Mohd. Azizi berkata, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera unit Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) digunakan dalam operasi menyelamat termasuk 13 anggota terbabit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast