KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Port Klang berjaya mengesan dan menahan 21 kontena mencurigakan pagi tadi.
AKPS berkata, hasil pemeriksaan mendapati empat kontena berisi campuran e-Waste dan mix scrap dengan berat 89,000 kilogram (kg).
Manakala satu lagi kontena berisi bahan buangan terjadual seberat 30,200 kg.
“Jumlah keseluruhan rampasan adalah seberat 119,200 kg,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Semua kontena kini ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu proses eksport semula ke negara asal.
Menurut AKPS, pemeriksaan fizikal dilaksanakan bersama rakan strategik agensi iaitu SIRIM, Unit Kawalan Kontena (CCU) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Pelabuhan Klang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.
“Kemasukan bahan buangan ini adalah dilarang sama sekali di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya lagi.-MalaysiaGazette
















