Suspek diiringi anggota SPRM di Mahkamah Temerloh hari ini

KUANTAN – Seorang anggota polis trafik direman selama empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000.

Menurut sumber, jumlah itu diterima daripada beberapa individu dan pemilik syarikat lori sebagai balasan melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undanng.

Perintah reman sehingga 6 Mac 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Mahkamah Majistret Temerloh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 dan 2025 dengan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast