Plumes of smoke rise following reported explosions in Tehran early on March 3, 2026. The United States and Israel started striking Iran on February 28, killing Iran's supreme leader and top military leaders, and prompting authorities to retaliate with strikes on Israel and across the Gulf. Photo by AFP

MUSCAT – Dron telah menyasarkan sebuah pelabuhan di Oman, terkena sebuah tangki bahan api.

Kejadian itu berlaku ketika Iran sedang memperhebatkan serangan di rantau Teluk selepas diserang Amerika Syarikat dan Israel.

“Seorang sumber keselamatan melaporkan tangki bahan api di pelabuhan komersial Duqm telah disasarkan oleh beberapa dron, dan salah satunya mengenai sebuah tangki bahan api.

“Kerosakan yang berlaku berjaya dikawal tanpa sebarang korban jiwa,” menurut Agensi Berita Oman.

Serangan itu merupakan yang kedua ke atas pelabuhan berkenaan dalam tempoh tiga hari, ketika Iran meluaskan sasaran serangannya di rantau Teluk.

Oman, yang memainkan peranan sebagai perantara dalam rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran, telah menggesa gencatan senjata dalam peperangan itu.

Pada Ahad, seorang pekerja cedera apabila dua dron menyerang pelabuhan yang sama dan salah satu dron mengenai penginapan pekerja, manakala serpihan daripada dron yang lain jatuh berhampiran tangki bahan api.

Ia merupakan serangan pertama ke atas kesultanan itu sejak perang tercetus, dengan Oman berdepan serangan walaupun bertindak sebagai perantara antara Iran dan Amerika Syarikat hanya beberapa hari sebelum konflik bermula.

Pada Isnin, seorang individu terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kapal tangki minyak di perairan luar pantai ibu negara Muscat yang mengakibatkan letupan dan kebakaran, menurut pihak berkuasa.

Letupan di bilik enjin utama kapal tersebut telah mengorbankan seorang kru kapal warga India. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast