Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong pada Program Podcast MG di Studio MalaysiaGazette, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 22 DISEMBER 2025

KUALA LUMPUR – Undang-undang tidak boleh dilihat memihak kepada mereka yang berkuasa atau disalahgunakan oleh pihak eksekutif sebagai perisai kekebalan daripada akauntabiliti, demikian Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.

Beliau berkata, prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman bukan sekadar teori akademik  tetapi benteng terakhir bagi memastikan sistem semak dan imbang benar-benar berfungsi.

“Seperti yang pernah ditegaskan oleh seorang bekas Ketua Hakim England, Lord Hewarart yang berkata; ‘Justice must not only be done, but must also be seen to be done’ (keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti juga dilihat sebagai telah dilaksanakan).

“Inilah asas kepada keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dan keluhuran undang-undang dalam sebuah negara demokrasi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Hantaran Choo Seong di Facebooknya, hari ini

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memerintahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Muhammed Yusoff Rawther.

“Sebab itulah amat penting untuk masyarakat memahami Perlembagaan Persekutuan. Walaupun akan sentiasa ada pihak yang cuba mencabar atau mentafsir Perlembagaan mengikut kepentingan atau selera masing-masing, tanggungjawab kita adalah untuk menjunjungnya sebagai tiang seri kedaulatan negara,” kata Choo Seong. . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast