Sebelum ini, tular gambar Siti Nurhaliza menunaikan solat dengan mengenakan jubah selepas menghadiri majlis berbuka puasa, yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

KUALA LUMPUR –  Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap peminatnya dapat menyokong juga lagu raya sentuhan moden daripada komposer muda.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, turut meminta lagu raya baharunya itu dinikmati hasil kolaborasinya dengan pencipta muda bagi menyemarakkan industri seni negara,

“Jangan berbalah ya, kita ambil giliran pilih lagu. Strim banyak-banyak tau terima kasih,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti melancarkan lagu Beraya Dengan Saya ciptaannya bersama Iqie Hugh dan Omar K.

Namun pelbagai reaksi yang diterima usai melancarkan lagu tersebut termasuk kecaman mengenai karya yang dianggap tidak mencapai kualiti yang diharapkan daripada seorang penyanyi bertaraf biduanita sepertinya.

Siti Nurhaliza kini muncul dengan lagu raya terbaharu berjudul Beraya Dengan Saya.

Mengulas lanjut, Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada peminat yang terus memberi sokongan terhadap karya-karyanya terutamanya koleksi lagu raya.

Pelantun lagu Cindai itu mengakui kekuatan lagu raya lamanya yang kekal menjadi pilihan setiap tahun adalah hasil kesetiaan peminat yang menjadikannya malar segar.

“Terima kasih peminat lagu raya saya. Anda ada banyak pilihan lagu raya saya ya. Terima kasih bagi yang kekal meminati lagu raya lama saya. Saya memang perlukan anda sebab menjadikan lagu lama saya sentiasa evergreen (malar segar).

“Jangan move on ya,” katanya dalam Threads. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast