Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merekodkan peningkatan yang memberangsangkan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang tempoh sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri, tempoh 13 hingga 22 Februari lalu, ETS mencatatkan 227,512 penumpang iaitu peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding 132,636 penumpang bagi tempoh sama pada tahun 2025.

Peningkatan didorong oleh keperluan perjalanan yang lebih tinggi ketika musim perayaan selain kecenderungan pengguna memilih ETS sebagai alternatif yang lebih lancar untuk mengelakkan kesesakan trafik jalan raya yang lazimnya meningkat pada waktu puncak perayaan.

“Iasekali gus mencerminkan keyakinan penumpang terhadap kebolehpercayaan perkhidmatan ETS sebagai mod perjalanan utama ketika musim perayaan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, sebanyak 60 perjalanan tren ETS disediakan secara keseluruhan sempena perayaan tersebut.

Katanya, jumlah berkenaan yang di tertinggi pernah ditawarkan kepada para penumpang setakat ini.

“Peningkatan signifikan ini direalisasikan hasil penerimaan penuh 10 set ETS3 baharu sekali gus membolehkan KTMB mengoptimumkan kapasiti perkhidmatan pada tahap maksimum demi memastikan lebih ramai rakyat dapat pulang ke kampung halaman dengan selesa, selamat dan tepat pada masanya,” katanya lagi.

Beliau berkata, istimewanya tahun ini, KTMB memperkenalkan empat perjalanan tren EMU Plus khusus bagi laluan KL Sentral – Ipoh membantu kelancaran pergerakan penumpang untuk pulang beraya.

“Dari segi jualan tiket, sambutan pengguna sangat menggalakkan dengan 182,934 tiket berjaya dijual, bersamaan 99.79 peratuskadar jualan tiket bagi musim perayaan CNY 2026,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast