Aminolhuda mengadakan sidang akhbar dalam Majlis Berbuka Puasa Pimpinan PH Johor Bersama Media Johor di Trinidad Suites Hotel, Puteri Harbour, Iskandar Puteri hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng akan membawa usul kepada kerajaan negeri untuk mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan secara serentak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,  Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya menjangkakan pertemuan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengutarakan cadangan tersebut.

“Tujuannya adalah untuk menjimakan daripada segi kos Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga semua (kos) yang terlibat.

“Kalau dua kali pilihan raya (PRN dan PRU-16 berasingan), maknanya semua sekali parti yang terlibat untuk mendapat dan mencari (dana untuk pilihan raya) sebab dua kali pilihan raya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Pimpinan PH Johor Bersama Media Johor di Trinidad Suites Hotel, Puteri Harbour di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Aminolhuda berkata, sekiranya pilihan raya peringkat negeri dan Pusat diadakan secara berasingan akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan.

Jelasnya, apabila dibuat serentak akan lebih menarik, mudah dan bajetnya dapat dikurangkan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast