Masoud Pezeshkian. Foto IRNA

ISTANBUL – Presiden Iran berkata pada Sabtu negaranya akan menghentikan serangan terhadap negara jiran melainkan serangan dilancarkan terhadap Iran dari wilayah mereka, lapor Anadolu Ajansi, memetik Press TV yang dikendalikan kerajaan.

“Majlis pimpinan sementara mengumumkan semalam bahawa tidak akan ada lagi serangan ke atas negara jiran dan tiada pelancaran peluru berpandu melainkan serangan berasal dari negara-negara tersebut terhadap Iran,” kata Masoud Pezeshkian dalam ucapan di televisyen kepada rakyat Iran.

Beliau juga memohon maaf kepada negara jiran, ketika ketegangan serantau kian meningkat, mengatakan Iran “tidak berniat untuk menceroboh negara lain.”

Pezeshkian juga menolak jangkaan bahawa Iran akan menyerah tanpa syarat, mengatakan bahawa mereka yang mempunyai harapan sedemikian “akan membawa impian mereka ke kubur.”

Iran pada 28 Feb melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera Amerika Syarikat.

Menurut Tehran, ia sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan AS-Israel terhadap Iran pada Sabtu lepas yang telah membunuh ratusan orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei dan pegawai tinggi tentera.

— BERNAMA-ANADOLU

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast