Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa PKR melakukan “pusingan-U” apabila tidak mengambil tindakan terhadapnya selepas mengeluarkan surat tunjuk sebab yang menurutnya bertujuan memecat beliau daripada parti. Beliau berkata kandungan surat tersebut jelas memberi gambaran usaha menyingkirkannya.















