Anwar Ibrahim bergambar bersama Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak mereka.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan wanita merupakan nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat serta penggerak penting kepada kemajuan negara.

Beliau berkata, di sebalik institusi keluarga yang utuh dan masyarakat yang sejahtera, terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang demi masa depan yang lebih baik.

Menurutnya, beliau secara peribadi amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupannya, khususnya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan sokongan sepanjang perjalanan perjuangannya.

“Kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, termasuk para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga dan pemimpin masyarakat yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta,” katanya sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun.

Sehubungan itu, Anwar mengajak seluruh rakyat untuk terus menghargai peranan dan sumbangan besar wanita serta memastikan golongan itu terus dihormati, diperkasa dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

“Wanita adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast