Suspek (bulatan merah) dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam hari ini bagi mendapatkan permohonan reman.

BUKIT MERTAJAM – Abang kepada seorang pekerja kilang yang direman semalam bagi membantu siasatan kes serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth direman sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman terhadap operator kilang berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah selepas polis memohon reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan lelaki itu hadir menyerah diri kepada pihak polis semalam bersama peguamnya sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Peguamnya, C. Hari Prassad Rao memaklumkan anak guamnya turut membuat laporan polis terhadap Zamri.

Beliau yang mewakili suspek bersama V. Parthiban dan K. Puvirajan berkata, pihaknya berhujah bahawa tiada kaitan antara anak guamnya dengan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan kes berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 427 akta sama melibatkan khianat.

“Kami berhujah bahawa tiada kaitan antara anak guam kami dengan peruntukan yang sedang disiasat. Kami juga menunjukkan rakaman video kejadian serangan yang tular kepada majistret.

“Anak guam saya menyerah diri secara sukarela kepada polis semalam bersama peguamnya dan sedang memberi kerjasama dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding reman di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Pekerja kilang direman 4 hari bantu siasatan serang Zamri Vinoth

Lelaki direman bantu siasatan serang Zamri Vinoth dibebaskan

Sementara itu, adik kepada lelaki berkenaan yang direman semalam bagi membantu siasatan kes sama telah dibebaskan.

Hari Prassad Rao berkata, pihak polis memohon reman terhadap anak guamnya bagi membolehkan siasatan kes berkenaan dilengkapkan.

Media semalam melaporkan pemilik motosikal yang tular dalam video melakukan serangan terhadap Zamri Vinoth direman bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast