JAKARTA – Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus pada Isnin dengan memuntahkan abu tebal setinggi kira-kira 1.6 kilometer dari puncaknya.
Agensi berita Antara melaporkan, letusan awal pagi di gunung berapi yang terletak di Sumatera Barat itu direkodkan berlaku dalam tempoh kira-kira 33 saat.
Gunung Marapi kini berada pada Tahap Amaran II.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi memberi amaran mengenai potensi aliran lava sejuk terutama kepada komuniti yang tinggal berhampiran sungai yang berasal dari puncak gunung berkenaan.
Penduduk juga dinasihatkan memakai pelitup muka sekiranya berlaku hujan abu bagi mengelakkan masalah pernafasan.
Pihak berkuasa turut melarang penduduk dan pelancong memasuki kawasan dalam radius tiga kilometer dari kawah gunung tersebut. – Agensi
















