Noraini ketika berucap melawat dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Perladangan dan Komoditi di Hotel Katerina, Batu Pahat, malam tadi.

BATU PAHAT – Pekebun kecil kini berdepan cabaran semasa dengan peningkatan kos sara hidup, keadaan cuaca tidak menentu dan kenaikan kos input pertanian yang memberi tekanan terhadap operasi kebun.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Noraini Ahmad berkata, kerajaan memahami situasi itu dan sentiasa mengambil kira kesukaran pekebun kecil dan komited mencari penyelesaian terbaik memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

“Kementerian sentiasa mendengar pandangan serta keluhan pekebun kecil sebagai usaha memastikan sebarang dasar dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada golongan tersebut.

“Kami komited untuk terus mencari jalan bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela,” katanya berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Perladangan dan Komoditi di Hotel Katerina di sini malam tadi.

Noraini berkata, antara fokus utama kerajaan ketika ini ialah memastikan pekebun kecil terus menerima sokongan sewajarnya melalui pelbagai inisiatif serta bantuan yang disediakan bagi memperkukuh sektor agrikomoditi negara.

Menurutnya, sokongan berterusan itu penting bagi membantu pekebun kecil mengekalkan produktiviti serta meningkatkan daya tahan dalam menghadapi cabaran semasa.

Katanya, usaha berkenaan juga bertujuan memastikan golongan pekebun kecil terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan sektor agrikomoditi dan pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast