Penguat kuasa DBKL kini dibekalkan dengan BWC ketika bertugas.

KUALA LUMPUR – Bagi meningkatkan tahap keselamatan serta ketelusan dalam pelaksanaan tugas, anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menggunakan Body Worn Camera (BWC) ketika menjalankan kawalan di kawasan Bazar Ramadan dan Bazar Syawal.

“”Body Worn Camera akan digunakan dalam beberapa situasi seperti semasa rondaan di kawasan bazar, semasa pemeriksaan lesen peniaga, ketika berinteraksi dengan orang awam dan semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL berkata, penggunaan peranti ini bertujuan untuk memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti, di samping melindungi keselamatan pegawai serta orang awam.

Menurutnya, rakaman juga dapat dijadikan bukti sekiranya berlaku insiden, sekali gus membantu mengurangkan sebarang pertikaian ketika proses penguatkuasaan dijalankan.

Jelasnya, DBKL komited memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berhemah demi kesejahteraan warga kota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast