kredit JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan dua pancutan pam jentera serta kaedah firebeater. Kebakaran tidak melibatkan mangsa atau struktur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fadlee Kamaruddin, berkata tindakan pantas pasukan bomba setakat petang ini berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan berdekatan.

“Operasi masih diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast