Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata Polis menahan empat warga asing dalam beberapa serbuan berasingan di KLIA, Kota Warisan Sepang dan Mont Kiara selepas merampas lebih 116 kilogram ganja yang disembunyikan dalam bagasi.
Dadah bernilai kira-kira RM9.35 juta itu dipercayai untuk diseludup ke luar negara, manakala polis turut menyita aset termasuk kereta mewah, jam tangan berjenama dan mata wang kripto bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.















