Tindakan nekad seorang lelaki melarikan diri daripada serbuan polis mengundang padah selepas dia terjatuh daripada sebuah unit kediaman di Jalan Gombak, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 9.07 malam ketika sepasukan polis sedang menjalankan serbuan berhubung kes kecurian motosikal.














