Perbuatan khalwat pasangan berusia 30-an kira-kira pukul 2 pagi 21 Ramadan terbongkar ketika diserbu JAIM seperti dikongsikan di media sosial TikTok pasukan itu.

MELAKA – Seorang lelaki tergamak mengaku duda ketika ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Perbuatan kira-kira pukul 2 pagi pada 21 Ramadan oleh pasangan berusia 30-an itu terbongkar ketika diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) seperti dikongsikan di media sosial TikTok pasukan itu.

Menurut JAIM, ketika kejadian lelaki terbabit mengaku baru bercerai manakala wanita terbabit mendakwa masih bujang.

“Bagaimanapun semakan lanjut mendapati, lelaki berkenaan masih berstatus suami orang dan tiada apa-apa hubungan sah dengan wanita berkenaan.

“Susulan itu, mereka ditahan di bawah kesalahan Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak,” katanya.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan seterusnya yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast