KUALA LUMPUR – Perlis dan lima kawasan di Kedah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) kerana mengalami cuaca panas.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, Perlis dan Kubang Pasu, Baling, Kuala Muda, Pokok Sena serta Pendang di Kedah menerima suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – MalaysiaGazette
















