Tidak masuk akal untuk mendakwa ideologi Hindutva sedang berkembang di Malaysia dalam kalangan komuniti Hindu Tamil.
Pengerusi Urimai P. Ramasamy berkata, ideologi politik nasionalis yang bertujuan menjadikan agama Hindu sebagai kuasa politik yang dominan di India itu, malahan tidak diterima secara meluas di kawasan selatan India yang berteraskan budaya Dravidia.















