Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memukul seorang murid Tahun 1 di sekolah tersebut, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, guru berusia 48 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada jam 4.55 petang susulan laporan yang dibuat bapa mangsa pada 9.46 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dipukul guru berkenaan semasa berada di kantin sekolah pada kira-kira 7.39 pagi, hari yang sama.

Tambah beliau, semakan rekod mendapati, guru terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing juga negatif.

“Suspek dibawa ke mahkamah dan mendapat perintah reman selama tiga hari berakhir semalam, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Radin Ramlan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook dimuat naik ibu saudara mangsa memaparkan keadaan kanak-kanak itu ketika ditemui. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sudah sampai masa ibu bapa mengajar anak² sendiri. Budaya menyalahkan guru, bakal melahirkan budaya seperti dialami oleh barat. NAFSU NAFSI…Lantak nak jadi apa..biarkan.

Comments are closed.