KUALA LUMPUR – Video tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah bazar Ramadan yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini merupakan rakaman lama yang berlaku pada tahun lalu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, video tersebut bukan kejadian semasa malah ia disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Terdahulu, katanya, tindakan penguatkuasaan yang diambil ketika itu adalah berkenaan beroperasi secara tidak sah bersebelahan dengan bazar berlesen DBKL.

“Tindakan yang diambil adalah selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur, sah serta menjamin keselamatan pengunjung,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, DBKL menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

“Dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi DBKL bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast