Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 MARCH 2026.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 MARCH 2026.

IPOH – Beberapa bekas pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri Perak dikatakan antara individu yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai semula UMNO susulan inisiatif Rumah Bangsa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun parti menerima perkembangan tersebut hanya secara lisan.

“Secara lisannya dapat beberapa permohonan tetapi kita tidak ada sebarang kaunter untuk orang mengisi borang (menyertai kembali UMNO).

“Namun, saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat (parti) dan kita akan lihat perkembanganya bagaimana nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia pada Isnin.

Bekas pemimpin BERSATU sertai UMNO Perak bekas ahli Bersatu kembali UMNO inisiatif Rumah Bangsa UMNO politik Perak terkini Saarani Mohamad UMNO Perak penyatuan ahli UMNO
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 MARCH 2026.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, beliau secara khusus mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh beberapa bekas pemimpin daripada BERSATU berhubung perkara itu.

“Saya juga telah menerima permintaan untuk mengadakan pertemuan daripada beberapa bekas pemimpin Bersatu. Kita lihat nanti, kerana politik ini sangat dinamik,” katanya.

Pada masa sama beliau juga mengulangi bahawa, penyertaan lebih ramai bekas ahli dan pemimpin parti dijangka akan menjadi lebih rancak selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketika ditanya sama ada mereka yang ingin kembali itu terdiri daripada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Saarani tidak mengulas lanjut.

“Setakat ini belum ada nama. Namun, sebaik sahaja saya menerima nama-nama tersebut, kami akan memaklumkan nanti,” jelasnya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Januari lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memaklumkan, UMNO menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk menerima kembali mana-mana bekas pemimpin. – NG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Konsep ‘Rumah Bangsa’ Tidak Tertumpu Individu Tertentu- Zambry

KJ serah surat rayuan kembali kepada UMNO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast