KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah dan kepada atlet skuasy negara, S. Sivasangari, atas kejayaan cemerlang menjuarai kejohanan Australian Open Squash 2026 di Brisbane, Australia.
“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dunia sukan tanah air, malah menjadi bukti keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi yang dimiliki atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.
















